MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

Disediakan Oleh : Muhammad Afif bin Ibrahim, JBSN Sarawak

SIBU, 5 OGOS 2025 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Sibu 2025 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sibu. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan selaku rakan strategik program. Sesi persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Abang Mohamad Porkan bin Haji Abang Budiman, Residen Bahagian Sibu. MPBN merupakan sesi persidangan dan libat urus berhubung isu-isu pembangunan dan keperluan belia dalam kalangan pemimpin pertubuhan belia bersama wakil kepimpinan kerajaan, wakil-wakil jabatan dan agensi. Pelaksanaannya adalah bagi menyokong Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang bekerjasama menjayakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Sibu 2025.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#PBSBSibu

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search