- JBS Sarawak
- Hits: 151
PASUKAN LADIES OF HORNBILL MERAIH TEMPAT KETIGA KEJOHANAN AEROBIC DANCE PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
KUALA LUMPUR, 17 NOVEMBER 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan Zest Squad bagi kategori remaja bawah 18 tahun dan pasukan Ladies Of Hornbill untuk kategori Dewasa 18 tahun ke atas di Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan 2024 yang telah berlangsung pada 16 hingga 17 November 2024 di Datum Jelatek Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Pasukan Ladies Of Hornbill telah berjaya melepasi sesi saringan sekaligus melangkah ke peringkat akhir dan mereka telah berjaya meraih tempat ketiga bagi Kategori Dewasa 18 Tahun ke atas. Manakala pasukan Zest Squad telah mendapat tempat ke-11 semasa sesi saringan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, bersama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN.
Turut hadir bersama-sama menyaksikan kejayaan pasukan Sarawak iaitu En. Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
- JBS Sarawak
- Hits: 151
