Perbincangan Awal Pelaksanaan Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025

Perbincangan Awal Pelaksanaan Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak 

BETONG, 5 Ogos 2025 – Satu sesi perbincangan awal pelaksanaan Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025 telah diadakan pada 4 Ogos 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.

Perbincangan ini bertujuan untuk merangka persediaan awal bagi penganjuran pertandingan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober 2025. Perbincangan tersebut disampaikan oleh Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk tarikh dan lokasi pertandingan, format penyertaan, kategori pertandingan, aspek keselamatan, penglibatan sukarelawan serta strategi promosi dan penyertaan komuniti setempat.

Pertandingan Aerobicthon ini dijangka dapat menarik penyertaan meluas dalam kalangan penduduk sekitar Bahagian Betong. Maklumat lanjut mengenai pertandingan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas pengesahan tarikh rasmi dan lokasi oleh pihak penganjur. Hadir bersama semasa perbincangan tersebut ialah Puan Lina Lee sebagai AJK Teknikal Program.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search