- JBS Sarawak
- Hits: 38
Pertandingan Kawad Kaki Pertingkatkan Disiplin Dan Semangat Patriotik Belia Sekolah
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 8 Ogos 2025 – Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Bahagian Miri 2025, kelolaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri, telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Pelaksanaan pertandingan ini diselaraskan sepenuhnya oleh PPD masing-masing meliputi aspek penyertaan dari sekolah rendah dan menengah, termasuk pemilihan juri serta urusan teknikal pertandingan.
Pertandingan yang menguji disiplin, semangat berpasukan dan ketepatan kawalan pergerakan ini telah menyaksikan penyertaan hebat daripada pelbagai sekolah. Antara kategori dan pemenang utama pertandingan adalah seperti berikut:
Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform (Lelaki) Sekolah Rendah
Pemenang: SK Sayed Othman
Pertandingan Kawad Kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah (Lelaki) Sekolah Rendah
Pemenang: SK Jalan Bintang
Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah (Lelaki)
Pemenang: SMK Tinjar
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pertandingan kawad kaki ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri