- JBS Sarawak
- Hits: 94
Pertandingan Doodle Art Peringkat Bahagian Miri 2025 Serlahkan Bakat Seni Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 94
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 8 Ogos 2025 – Pertandingan Doodle Art sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Miri 2025 telah berjaya dianjurkan pada 2 Ogos yang lalu bertempat di Kolej Vokasional Miri dengan kerjasama Kelab Belia Perkasa Taman Marina. Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang menampilkan pelbagai hasil seni doodle yang kreatif dan ekspresif.
Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat seni dalam kalangan belia serta menyediakan platform untuk menonjolkan kreativiti dan ekspresi diri melalui seni visual yang santai dan menarik.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Johan: Abang Muhammad Abrisam bin Abang Husaini
Naib Johan: Ethan Balan
Tempat Ketiga: Mohamad Izzaz Bin Mohd Hafiz
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas juga kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat serta komitmen tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
