
- JBS Sarawak
- Hits: 30
LAWATAN PEMERIKSAAN ASET DAN STOK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 3-5 Ogos 2025 : Susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Bilangan 4 Tahun 2024, Lawatan Siri 2 2025 telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi pemeriksaan aset dan stok. Lawatan tersebut berlangsung selama 2 hari yang diketuai oleh Encik Richard Barahim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan.
Pemeriksaan aset dan stok adalah proses penting untuk memastikan rekod aset dan stok organisasi adalah tepat dan terkini. Pemeriksaan ini juga membantu dalam mengesan dan mencegah kehilangan, kerosakan, atau penyalahgunaan aset dan stok. Semua pemeriksaan berjalan dengan lancar dan segala tindakan pembetulan yang sewajarnya untuk menyelesaikan sebarang isu yang timbul daripada pemeriksaan aset dan stok ini akan PBSB Sarikei ambil perhatian dan maklum.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d