
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Mesyuarat Pelaksanaan Program Kejohanan Memanah Tradisional Terbuka Saribas Invitation 2025 (SI2025)
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 6 Ogos 2025 - Satu mesyuarat pelaksanaan Program Kejohanan Memanah Tradisional Terbuka Saribas Invitation 2025 (SI2025) telah diadakan pada 6 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat DUN N.35 Saribas. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.35 Saribas.
Antara agenda utama mesyuarat ialah perbincangan berkenaan intipati dan pelaksanaan program memanah tradisional yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 14 September 2025 bertempat di Riveria Sport Centre, Debak. Setakat ini, pihak penganjur telah menerima sebanyak 270 penyertaan yang melibatkan peserta dari Malaysia, Brunei dan Indonesia menandakan sambutan yang amat menggalakkan bagi edisi kali ini.
Program ini dijangka bukan sahaja menjadi platform untuk memartabatkan sukan memanah tradisional tetapi juga sebagai medium pengukuhan hubungan serantau serta memperkenalkan warisan budaya kepada masyarakat umum.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Cik Nurulzamzam binti Haji Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Betong serta Cik Azira binti A. Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan.