
- JBS Sarawak
- Hits: 44
MAJLIS PENANGGUHAN SARIKEI FESTIVAL 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 3 Ogos 2025 : Sarikei Festival 2025 yang membawa tema “Unite in Culture, Rich in Heritage” menyerlahkan semangat kebersamaan dan kepelbagaian budaya sebagai tunjang kepada kemajuan rakyat dan negeri. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei turut terlibat dengan penganjuran pesta kali ini. Festival ini telah melabuhkan tirainya pada 3 Ogos 2025 dan majlis penangguhan telah disempurnakan YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menghadiri majlis penangguhan tersebut bersama Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Daerah Sarikei.
PBSB Sarikei sentiasa komited untuk memberikan khidmat kepakaran semua pihak dalam pembangunan Belia dan Sukan di Bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d