
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Mesyuarat Pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Sri Aman, 6 Ogos 2025 – Mesyuarat Pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
Mesyuarat penting ini dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak), Tuan Lamat Anak Nyalau. Turut hadir ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, serta pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Sarawak.
Dalam sesi taklimat, Tuan Haji Khalid bin Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah membentangkan perancangan pelaksanaan program Hari Sukan Negara bagi peringkat negeri, termasuk cadangan lokasi, jenis sukan yang akan dipertandingkan serta penglibatan komuniti setempat.
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan Hari Sukan Negara yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober 2025, serta memastikan penglibatan menyeluruh masyarakat setempat dalam menjayakan sambutan tersebut. Ia juga menjadi platform perkongsian idea dan penyelarasan antara pihak pengurusan negeri dan bahagian.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama