- JBS Sarawak
- Hits: 30
Pertandingan Inovasi Kitar Semula Cetus Kreativiti Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 8 Ogos 2025 – Pertandingan Inovasi Kitar Semula sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Miri 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Ogos 2025 bertempat di Kolej Vokasional Miri. Pertandingan ini telah menerima penyertaan yang menggalakkan, melibatkan 16 kumpulan dan 2 penyertaan individu.
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menggalakkan kreativiti dalam mengitar semula bahan buangan serta mempromosikan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar. Setiap peserta dikehendaki menghasilkan inovasi menggunakan bahan terpakai seperti kertas, kaca, logam, kain dan pelbagai bahan boleh kitar semula lain.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Johan: Deanielson Valero Edwin, Abdul Rahman Bin Mohamed, Nickelson Nicholas
Naib Johan: Ummu Khadijah Binti Abdul Latop, Eyzan Shazryl Bin Eddy Sharyzan, Marvin Bart Anak Frankie
Tempat Ketiga: Steven Agol Usat, Nur Adweena Binti Abdul Rahman, Darlene Ubung Welthy
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta syabas kepada semua peserta atas usaha dan idea kreatif yang ditampilkan. Pertandingan ini bukan sahaja memupuk kesedaran terhadap isu alam sekitar dalam kalangan belia, malah membuktikan bahawa bahan buangan juga mampu ditukar menjadi inovasi yang berguna dan menarik.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri