Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim , JBSN Sarawak
SIBU, 3 NOVEMBER 2024- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menganjurkan Program Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Sarawak Siri 3 Tahun 2024 bertempat di Dewan Auditorium, Kolej Laila Taib, Sibu.Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai satu garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan dalam sukan disamping dapat mempromosi dan memberikan kesedaran kepada semua komuniti sukan bagi mewujudkan persekitaran sukan yang selamat.
Program ini merupakan platform perjumpaan dan perbincangan secara langsung bersama pemegang taruh, komuniti dan penganjur sukan, serta masyarakat di peringkat negeri bagi memastikan bahawa kod sukan selamat ini dapat dihebahkan, difahami dan diterima pakai oleh semua komuniti sukan dan masyarakat.Ceramah telah disampaikan oleh Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Sijil Penyertaan telah disampaikan oleh Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu kepada wakil peserta iaitu Tuan Edham bin Ibrahim. Seramai 110 peserta telah menyertai program tersebut .Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu mengucapkan terima kasih kepada semua Kelab- kelab sukan serta agensi-agensi yang memberikan kerjasama sepanjang program ini berlangsung.

- JBS Sarawak
- Hits: 113