
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Lapan Warga JBSN Sarawak Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh RJH, JBSN Sarawak
Bangi, 29 Julai 2025 – Seramai lapan orang warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dalam satu majlis gemilang yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre.
Majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini bertujuan mengiktiraf penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang, komitmen tinggi, dan dedikasi luar biasa dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang tahun.
Warga JBSN Sarawak yang menerima penghargaan ialah:
1. Encik Abu bin Amir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan;
2. Encik Dennis Dempi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan;
3. Encik Mohd Nadzrul Idzlan Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan;
4. Encik Mohd Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah;
5. Encik Abdul Rani Jemi, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei;
6. Puan Aimy Alisha Charlie, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang;
7. Encik Eric Zakaria Ho Abdul Hamid Ho, Pembantu Tadbir Kewangan, Bahagian Pengurusan (Kewangan); dan
8. Encik Gira anak Langat, Pembantu Khidmat Am, Bahagian Pengurusan (Pentadbiran).
Penganugerahan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada semua penjawat awam di JBSN Sarawak untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam menyumbang kepada pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama