- JBS Sarawak
- Hits: 114
PERTANDINGAN CATUR 1000 LIGA PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 114
Disediakan oleh : Abdul Rani Jemi, JBSN Sarawak
Sarikei, 20 Julai 2025 : Pertandingan Catur Individu 1000 Liga Peringkat Bahagian Sarikei telah berakhir dengan meriah di Dewan Klan Hi Sarikei.Sebanyak 50 orang peserta telah penyertai pertandingan tersebut. Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh En. Zulfadli Leonardo Penolong Pegawai Belia dan Sukan Unit Rakan Muda PBS Sarikei.
Program 1000 Liga dilaksanakan untuk memupuk minat dan menarik penyertaan lebih ramai dari pelbagai peringkat umur di peringkat akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).
Tahniah kepada peserta yang menang dan semua peserta yang bertanding pada kali ini. Jutaan penghargaan kepada Kelab Catur Sarikei yang diketuai Mr. Hii How Shuay dari Kelab Catur Sarikei atas komitment dan kerjasama yang diberikan. Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
