
- JBS Sarawak
- Hits: 46
RAKAN MUZIK : CLASH OF BUSKERS BAHAGIAN SARIKEI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 46
Disediakan oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak
SARIKEI, 26 Julai 2025 : Pertandingan Buskers sempena Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping telah diadakan pada 26 Julai 2025 bertempat di Taman Rekreasi Sebangkoi, Sarikei. Sebanyak 6 kumpulan buskers, dan kumpulan Gema Project telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut sekaligus menewaskan 5 kumpulan buskers yang lain. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah di sempurnakan oleh YBhg.Datu Michael Ronnie Langgong Residen Bahagian Sarikei.
Program Rakan Muzik : Clash of Buskers amat signifikan dan wajar dilaksanakan dan diteruskan dari semasa ke semasa supaya lebih ramai anak muda diberikan peluang dan ruang untuk mengasah kebolehan, mengekpresikan bakat dan mempergiat ilmu kesenian. Program ini juga menjadi tumpuan kepada penggiat dan pengamal seni tempatan sekali gus mencungkil bakat nyanyian dan bermain alat muzik serta memberi pengiktirafan kepada seminan jalanan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d