- JBS Sarawak
- Hits: 109
PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN LIMBANG TAHUN 2024
Disediakan oleh : Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 08 November 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang menerima kunjungan pegawai pemeriksa aset yang diketuai oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar dan Encik Khalid Bin Hamid untuk menjalankan pemeriksaan aset alih kerajaan bagi tahun 2024. Pemeriksaan berlangsung selama 1 hari dan berjalan dengan lancar. Ianya bertujuan untuk memastikan semua aset kerajaan diguna dan dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur
Kehadiran pegawai pemeriksa aset ini disambut dengan baik oleh Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan semua aset alih kerajaan di pejabat tersebut didaftarkan dan berada dalam keadaan baik, selaras dengan prosedur yang ditetapkan. Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memastikan pengurusan aset kerajaan yang efisien dan bertanggungjawab
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 109
