
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Semangat Kesukanan Dan Perpaduan Terserlah di Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 21 Julai 2025 – Kehangatan semangat kesukanan dan nilai perpaduan jelas terpancar menerusi penyertaan pasukan dari Bahagian Betong dalam Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan meriah pada 19 Julai 2025 di Kuching, Sarawak.
Program yang menghimpunkan komuniti sukan ini telah mempertandingkan tiga acara utama iaitu ping pong, bola jaring, dan sepak takraw. Pertandingan ping pong berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), manakala acara bola jaring dan sepak takraw pula diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Bagi kategori bola jaring, Betong telah diwakili oleh dua pasukan hebat iaitu Pasukan Miracle dan Mixter. Dalam acara sepak takraw pula, Pasukan Serudit dan Pelasok tampil mewakili daerah ini. Sementara itu, bagi pertandingan ping pong, pasukan Table Titans dan JPJ Betong telah menunjukkan aksi yang membanggakan.
Setiap pasukan menunjukkan disiplin, semangat juang dan kerjasama yang tinggi sepanjang pertandingan. Kehadiran dan penglibatan aktif mereka membuktikan bahawa sukan bukan sahaja tentang kemenangan tetapi juga medium penting dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai latar belakang.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, semangat kesukanan dan kerjasama padu yang ditunjukkan. Anda semua adalah lambang perpaduan dan semangat komuniti yang membanggakan.