
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Program Malaysia Aktif 2025 Peringkat Bahagian Betong Siri 4 Berlangsung Meriah di Spaoh
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 28 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif 2025 Peringkat Bahagian Betong Siri 4 telah berlangsung pada 27 Julai 2025 di Gelanggang Futsal Spaoh.
Program ini merupakan siri keempat daripada keseluruhan 12 siri dan pihak penganjur menyasarkan penyertaan yang lebih meluas dalam siri-siri akan datang. Kehadiran ramai peserta menunjukkan kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap kepentingan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.