
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Program Malaysia Aktif @ Komuniti Saratok 2025 Peringkat Bahagian Betong Siri 3
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 25 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Saratok 2025 Peringkat Bahagian Betong Siri 3 telah berlangsung dengan meriah pada hari ini di Wisma Persekutuan Saratok.
Program ini merupakan siri ketiga daripada keseluruhan 12 siri dan pihak penganjur menyasarkan penyertaan yang lebih meluas dalam siri-siri akan datang. Melalui pelaksanaan program seperti ini, diharapkan semangat perpaduan, kesedaran sivik, dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dapat terus diperkasakan.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.