
- JBS Sarawak
- Hits: 37
Kelab Memanah Tradisional Asy Syifa Jayakan Pertandingan Panahan Ukhwah Terbuka Spaoh 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 37
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 26 Julai 2025 – Pertandingan Panahan Ukhwah Terbuka Spaoh 2025 yang dianjurkan oleh Kelab Memanah Tradisional Asy Syifa mendapat sambutan baik dengan penyertaan seramai 107 peserta dari pelbagai bahagian. Acara berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga esok (26–27 Julai 2025) bertempat di Padang Lot Spaoh.
Pelaksanaan pertandingan ini telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK).
Majlis simbolik serta perasmian telah disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Turut hadir pada majlis perasmian ialah Cik Azira binti A. Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Menurut pihak penganjur, objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk mempererat ukhwah dalam kalangan masyarakat di samping mempromosikan sukan memanah tradisional sebagai aktiviti riadah yang sihat dan berfaedah.
Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan penganjuran Pertandingan Panahan Ukhwah Terbuka Spaoh 2025 dengan begitu lancar dan meriah.