PEJABAT
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 5 NOVEMBER 2024 – Pegawai Pemverifikasi Stor telah melaksanakan verifikasi stor bagi tahun 2024 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 5 November 2024. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan stor di pejabat dari segi susun atur stok dan rekodnya. Selain itu, verifikasi tersebut mampu meningkatkan mutu pengurusan stor pada masa mendatang.
Pemeriksaan stor telah diketuai oleh Puan Fatimah binti Abdul Rahman dan Cik Margaret anak Sawing. Kehadiran para pegawai pemverikasi stor telah diraikan oleh Encik Mohammad Arbi bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Puan Hatijah binti Halidi. Pejabat berharap hasil pemeriksaan tersebut dapat menambah baik mutu pengurusan stor di pejabat selepas ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 119
