
- JBS Sarawak
- Hits: 17
ππππ ππ. ππππππ ππ!
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan oleh : NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 03 JULAI 2025 β Sebanyak 52 pasukan beregu telah menyertai pertandingan pickleball julung kali diadakan di Sri Aman, menunjukkan minat yang semakin rancak dalam kalangan belia dan pemuda terhadap sukan ini.
Majlis penangguhan rasmi telah disempurnakan oleh YB Puan Dayang Noorazah Awg Sohor, bersama kehadiran Pengerusi Pickleball Sri Aman, En. Wan Sulaiman, Β Presiden Pickleball Kuching, En. Ruslan Bujang dan En. Mohd Israk Ismail, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan bahagian Sri Aman.
YB mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan menzahirkan sokongan penuh terhadap pembangunan sukan pickleball dalam kalangan belia sebagai usaha memupuk semangat kesukanan, membina silaturahim, dan membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman