9 KELAB BELIA BERGABUNG PERKUKUH SUARA BELIA AKAR UMBI MELALUI MASJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT SRI AMAN 2025

9 KELAB BELIA BERGABUNG PERKUKUH SUARA BELIA AKAR UMBI MELALUI MASJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT SRI AMAN 2025

Disediakan oleh : NFS, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 21 JULAI 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Sri Aman berjaya dilangsungkan di Culture Centre, Waterfront Simanggang hari ini, dengan menghimpunkan suara anak muda dan pemimpin pelbagai agensi kerajaan dalam satu wadah dialog terbuka, demi memperkukuh dasar pembangunan belia tempatan.

Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ini turut menyaksikan penglibatan aktif sembilan kelab belia serta beberapa agensi kerajaan utama. Antara kelab belia yang terlibat ialah Kelab Belia Perdana Jalan Sabu, Kelab Belia Transformasi Aktif Bandar Simanggang, Kelab Belia Gemilang Bandar Sri Aman, Kelab Belia Seni Bandar Simanggang, Kelab Belia Kreatif Bandar Simanggang, Kelab Belia Pekan Engkilili, Kelab Belia Usaha Kreatif Bandar Simanggang, Kelab Belia Warisan Budaya Bandar Sri Aman dan Kelab Belia Kampung Hulu.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah  Encik Khalid Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, En. Hamizan Yahya, wakil Pejabat Daerah Sri Aman, Ketua-ketua jabatan, pengerusi kelab belia serta wakil-wakil belia dari seluruh bahagian.

Perbincangan yang berlangsung sepanjang sesi membuktikan keprihatinan serta kesediaan pemimpin muda tempatan dalam menangani isu-isu semasa, termasuk peluang pendidikan, pembangunan usahawan muda, penglibatan belia dalam sukan dan seni budaya, serta cabaran sosial yang dihadapi komuniti setempat.

Usul-usul yang dibangkitkan sepanjang MPBN Bahagian ini dilihat sebagai input penting untuk diangkat ke peringkat negeri dan kebangsaan, agar dasar pembangunan belia dapat dilakar dengan lebih inklusif.

Majlis diakhiri dengan semangat dan keyakinan bahawa segala pandangan dan input yang dibentangkan akan membuka jalan kepada pembangunan belia yang lebih holistik, progresif dan inklusif. Sesungguhnya, amanah terhadap belia adalah tanggungjawab bersama yang tidak pernah berakhir.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search