- JBS Sarawak
- Hits: 47
Pertandingan Petanque Cetus Minat Baharu Dalam Kalangan Pelajar
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 1 Ogos 2025 – Pertandingan Petanque sempena Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Kapit 2025 telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Gagasan Pekan Song dan SMK Song pada hujung Julai yang lalu. Program ini sekali gus berjaya menarik penyertaan seramai 42 orang peserta terdiri daripada guru dan pelajar.
Pertandingan ini membuka ruang kepada komuniti untuk mengenali dan menyertai sukan petanque yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat luar bandar. Ia juga merupakan antara usaha memperkasa pelaksanaan Program 1000 Liga yang berteraskan pembangunan sukan komuniti secara inklusif dan berterusan.
Penganjuran program seperti ini diharap berjaya melahirkan lebih ramai peminat sukan petanque, di samping menggalakkan gaya hidup aktif serta hubungan sosial yang sihat dalam kalangan peserta pelbagai peringkat umur.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit