
- JBS Sarawak
- Hits: 40
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI 2025 MERIAHKAN HUJUNG MINGGU DI KOTA SAMARAHAN (PROGRAM KECERGASAN CETUS SEMANGAT KOMUNITI SIHAT DAN AKTIF)
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan oleh : NL (JBSN Sarawak)
SAMARAHAN, 26 Julai 2025 – Suasana pagi hujung minggu di perkarangan The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, dimeriahkan dengan kehadiran penduduk setempat yang menyertai Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Peringkat Bahagian Samarahan Siri ke-7.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan ini dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan telah menjadi acara mingguan yang dinanti-nantikan, berlangsung setiap hari Sabtu sebagai platform menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.
Antara aktiviti utama yang menarik perhatian ialah senamrobik yang penuh bertenaga serta sesi "conditioning" – latihan kecergasan yang menumpukan kepada kekuatan dan ketahanan fizikal. Suasana lebih meriah dengan Cabutan Rahmah, aktiviti sampingan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para peserta bertuah.
Menurut Puan Norliati Binti Li, wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, program ini bukan sekadar bersenam, malah menjadi ruang untuk merapatkan hubungan sesama komuniti. “Kami berbesar hati melihat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Samarahan semakin prihatin terhadap kesihatan dan pentingnya gaya hidup aktif,” katanya.
Program Malaysia Aktif @Komuniti akan diteruskan sepanjang tahun ini dengan pengisian yang lebih menarik, dan orang ramai dialu-alukan untuk terus menyertai bagi menjadikan Samarahan sebagai komuniti yang sihat, cergas dan harmoni.