
- JBS Sarawak
- Hits: 36
FIESTA RAKAN MUDA BAHAGIAN SARIKEI, MERIAH
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan Oleh: M. Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 26 Julai 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei (PBSB Sarikei) telah melaksanakan Program Fiesta Rakan Muda pada 26 Julai 2025 di Taman Rekreasi Sebangkoi. Aktiviti yang dilaksanakan ialah Pertandingan Rakan Muda Doodle Art, Pertandingan Inovasi Kitar Semula, dan Rakan Litar RC 4X4 Trail Crawler serta Gerai Jualan.
Bagi memeriahkan lagi suasana fiesta ini, PBSB Sarikei telah membuat kerjasama strategik dengan menggabungkan pelaksanaan aktiviti bersama Duton Mountaineering Club (Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping), Majlis Daerah Sarikei dan KEMADAS (RC 4X4 Trail Crawler), Jabatan Hutan Wilayah Sarikei (Kembara Rimba Sebangkoi), Sarikei Goyang Club (Malaysia Aktif @ Komuniti) dan MAKSAK Sarikei (Gotong royong jalan Pan-Borneo). Seramai lebih 800 orang terlibat dengan semua aktiviti yang diadakan pada 25-27 Julai 2025.
PBSB Sarikei mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu pelaksanaan Fiesta Rakan Muda peringkat Bahagian Sarikei.
Kredit Foto : Edan Misasinus, Shyam Mors
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d