Mesyuarat Penganjuran Layar Cycling Carnival (LCC) Edisi Ke-7 2025

Mesyuarat Penganjuran Layar Cycling Carnival (LCC) Edisi Ke-7 2025

Disediakan oleh : JT, PBSB Betong 

BETONG, 6 Ogos 2025 – Jawatankuasa Induk Layar Cycling Carnival (LCC) Edisi Ke-7 2025 telah mengadakan mesyuarat ketiga pada 31 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang, Pejabat Residen Bahagian Betong. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Belia dan Sukan).

Mesyuarat pada kali ini diadakan bertujuan untuk membentangkan status terkini  persiapan LCC 2025 daripada jawatankuasa yang terlibat berkenaan pengurusan penginapan, kesiapsiagaan petugas keselamatan, kesihatan dan kecemasan, laluan perjalanan, promosi, hadiah dan penyertaan peserta.

Perkara lain yang turut dibincangkan adalah pengisian aktiviti sampingan yang akan diadakan sepanjang tempoh LCC 2025 dilaksanakan seperti pameran agensi, gerai & jualan, glamping dan aktiviti sukaneka. 

Kehadiran mesyuarat telah disertai oleh pelbagai jabatan, agensi kerajaan, NGO Bahagian Betong serta pihak pengurusan acara tempatan. Hadir bersama ke mesyuarat ini ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan Cik Jojo anak Tehan.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search