MTB Saribas Jamboree 2025 Medan Menguji Kekuatan Fizikal dan Mental Peserta

MTB Saribas Jamboree 2025 Medan Menguji Kekuatan Fizikal dan Mental Peserta

Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak

BETONG, 28 Julai 2025 – MTB Saribas Jamboree 2025 telah diadakan pada                            19 Julai 2025 bertempat di Riveria Sport Centre Debak. Program tersebut adalah anjuran Persatuan Berbasikal Bahagian Betong dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah bantuan Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan (Jendela 3 Tahun 2025). “

MTB Saribas Jamboree 2025 turut mendapat penyertaan peserta dari luar kawasan Saribas iaitu daripada Kuching, Lundu, Saratok dan Sibu. Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong turut melakukan “Flag Off” perlumbaan sebagai simbolik perasmian MTB Saribas Jamboree 2025.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Adun N.35 Saribas. Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah ialah Encik Mohammad Khairurani bin Mohammad Ibrahim, Pegawai Pentadbir Menguasa, Pejabat Daerah Kecil Debak dan Ketua-ketua Masyarakat.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search