- JBS Sarawak
- Hits: 55
Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 5 Galak Gaya Hidup Sihat
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 1 Ogos 2025 – Siri ke-5 Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Kapit 2025 telah berjaya dilaksanakan pada hujung bulan Julai lalu dalam bentuk aktiviti walkathon bertempat di Kapit Lily Pond dengan penyertaan seramai 102 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan kerjasama Panda Athletic Club selaku rakan strategik. Ia bertujuan membudayakan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan komuniti tempatan. Sebagai makluman, sebanyak 12 siri program akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga Oktober 2025, dengan pelbagai aktiviti kecergasan komuniti yang bersifat terbuka dan percuma kepada semua. Penyertaan untuk program ini adalah percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit