- JBS Sarawak
- Hits: 70
Persatuan Pickleball Sarawak Terima Geran Padanan Sukan Daripada KBS
- JBS Sarawak
- Hits: 70
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 14 JULAI 2025 – Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah hadir mewakili Menteri Belia Dan Sukan Malaysia bagi merasmikan Kejohanan Sarawak Junior Open Pickleball 2025 dan menyampaikan replika cek Geran Padanan Sukan KBS kepada Puan Delima Ibrahim, Presiden Persatuan Pickleball Sarawak.
Kejohanan Sarawak Junior Open Pickleball 2025 telah berlangsung di Paragon Pickleball Court, Senadin pada 11 hingga 13 Julai 2025 dengan penyertaan seramai 134 orang dari seluruh pelusuk negeri Sarawak. Antara kategori yang dipertandingkan ialah U12, U14, U16, U18 (12 hingga 18 tahun) bagi perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki, wanita, dan campuran. PBSB Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta dan Persatuan Pickleball Sarawak di atas penganjuran Kejohanan Sarawak Junior Open Pickleball 2025.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri