
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Persidangan Antarabangsa Kesihatan Mental Belia Sarawak Fokus Kepada Inklusiviti
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 29 Julai 2025 – Persidangan Antarabangsa Kesihatan Mental Belia Sarawak 2025 yang bertemakan "Driving Inclusivity in Youth Mental Wellness” telah berlangsung dengan jayanya pada 28 dan 29 Julai 2025 bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching.
Persidangan dua hari anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dengan kerjasama Institute for Youth Research (IYRES) ini menghimpunkan pakar-pakar, pengamal, dan aktivis belia dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pandangan serta pendekatan inovatif dalam memperkukuh kesejahteraan mental dalam kalangan belia, khususnya dalam konteks keterangkuman sosial.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan mewujudkan ruang selamat dan inklusif untuk para belia membincangkan isu kesihatan mental tanpa stigma.
Turut hadir ialah Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah Pembangunan Rakan Muda, serta wakil-wakil delegasi dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak iaitu Encik Yaman bin Yahya dan Encik Hazwan Salleh.
Antara pengisian utama persidangan termasuk sesi forum panel, perkongsian pengalaman berkaitan kesihatan mental, dan perbincangan interaktif bersama penyelidik dan pengamal kesihatan mental, yang membuka ruang wacana seimbang dan menyentuh pelbagai aspek cabaran serta sokongan kepada belia masa kini.
Persidangan ini menjadi landasan penting dalam memperkukuh strategi dan dasar yang lebih inklusif demi kesihatan mental belia yang lebih holistik di Sarawak dan serantau.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama