- JBS Sarawak
- Hits: 52
1000LIGA PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG BAGI ACARA MEMANAH TELAH SELESAI DENGAN MERIAHNYA
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 16 JULAI 2025 – 1000Liga Peringkat Bahagian Limbang 2025 bagi acara Catur telah diadakan pada minggu lalu yang bertempat di padang Sekolah Kebangsaaan Limbang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) dengan kerjasama Kelab Memanah Elite Limbang ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan memanah di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Menurut Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian limbang penyertaan 1000Liga kali ini sangat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat Limbang. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Limbang mengucapkan tahniah kepada pemenang- pemenang yang telah menjuari pertandingan Memanah dan berharap agar terus membudayakan sukan memanah ini sebagai satu budaya yang boleh melahirkan atlet negara dalam acara tersebut.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang