
- JBS Sarawak
- Hits: 80
JBSN Sarawak Sertai FGD Kajian Indeks Integriti Malaysia (InTeM)
- JBS Sarawak
- Hits: 80
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 16 Julai – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) telah menyertai sesi Temu Bual Kumpulan Berfokus (FGD) bagi Kajian Indeks Integriti Malaysia (InTeM) yang berlangsung di Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak.
Sesi anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini bertujuan mendapatkan input daripada pelbagai sektor dalam membangunkan indikator dan strategi memperkukuh integriti nasional.
Bagi sektor sukan, FGD ini dikendalikan oleh penyelidik InTeM dengan kehadiran wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. JBSN Sarawak telah diwakili oleh Puan Shyennier Jean Sherit dan Encik Hazwan Salleh Baihaki dari Bahagian Pembangunan Sukan.
Perbincangan tertumpu kepada cabaran, mekanisme pemantauan, serta penambahbaikan amalan integriti dalam tadbir urus sukan di peringkat negeri dan nasional. FGD ini turut menyentuh isu berkaitan salah guna kuasa, ketelusan dalam pemilihan atlet, dan pengurusan peruntukan sukan.
Program ini menjadi platform penting dalam merangka dasar integriti masa depan dan menggalakkan penyertaan sektor sukan dalam usaha meningkatkan kepercayaan awam terhadap institusi sukan negara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama