
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Taklimat Komisioner Perlawanan Liga Malaysia 2025-2026 di Wisma FAM
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kelana Jaya, 23 Julai 2025 – Seramai 40 komisioner perlawanan dari seluruh negara, termasuk wakil dari UiTM, PDRM, dan Majlis Sukan Negara (MSN), telah menghadiri Taklimat Komisioner Perlawanan Liga Malaysia 2025-2026 yang berlangsung di Auditorium Liga Super, Wisma FAM, Kelana Jaya.
En. Mohamad Hamzah Bin Puini, kakitangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, merupakan salah seorang peserta yang terpilih untuk menyertai taklimat penting ini.
Taklimat ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan penyelarasan tugas komisioner perlawanan menjelang musim baharu Liga Malaysia. Beberapa pembentangan telah diadakan oleh pelbagai unit penting dalam FAM dan rakan strategik.
Antara atur cara utama termasuklah pembentangan dari Unit Komersial, Unit VAR, Unit Pengadil, Unit Pertandingan, Unit IT, Unit Media, serta Unit Penyiaran. Pihak Astro turut membentangkan peranan mereka sebagai rakan penyiar rasmi liga.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penyertaan serta ucapan penutup yang disampaikan oleh Encik Mohd Shazli Shaik Mohd, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL).
Program ini diharap dapat meningkatkan profesionalisme, ketelusan dan keberkesanan tugas komisioner dalam mengendalikan perlawanan, selaras dengan standard Liga Malaysia yang semakin berkembang.
Komitmen FAM untuk memperkasa semua pegawai perlawanan jelas terpamer melalui penganjuran taklimat seperti ini yang memberi ruang kepada semua pihak untuk berkongsi maklumat, menambah baik proses kerja, dan meningkatkan kualiti penganjuran liga.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama