
- JBS Sarawak
- Hits: 39
MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI SIRI 1 MUKAH MERIAH
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 24 JULAI 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Mukah 2025 bermula dengan siri 1 pada 16 Julai 2025 (Rabu) bertempat di Dataran Pehin Setia Raja Mukah pada 5.15 petang sehingga 6.30 petang telah mendapat sambutan yang sangat meriah daripada komuniti setempat. Program ini bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti pelbagai kategori, pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, jabatan-jabatan kerajaan negeri, kelab dan persatuan di sekitar daerah Mukah. Selain itu, program ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Arena Seberang ini akan dijalankan selama 12 siri pada hari Rabu setiap minggu sehingga 1 Oktober 2025. Aktiviti kecergasan tersebut telah dikendalikan oleh Encik Mohamad Syazuan Ideris, instruktor yang bertugas dari OTC Studio. Hadir bersama memeriahkan program ialah Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti yang telah hadir pada siri 1 dan menjemput komuniti di sekitar Mukah yang berkelapangan hadir bersama-sama memeriahkan program yang cukup bermanfaat ini untuk siri-siri seterusnya.