
- JBS Sarawak
- Hits: 92
Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2025 Perkukuh Semangat Kesukanan dan Perpaduan
- JBS Sarawak
- Hits: 92
Disediakan oleh RJH, JBSN, Sarawak
Samarahan, 19 Julai 2025– Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah dirasmikan dengan penuh semangat di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Hafizah binti Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Turut hadir ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, pegawai-pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian serta para peserta dari seluruh negeri Sarawak.
Sebanyak 11 bahagian mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang mempertandingkan tiga jenis sukan iaitu sepak takraw, bola jaring dan pingpong. Pertandingan sepak takraw dan bola jaring dijalankan di UNIMAS manakala acara pingpong berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Kejohanan menyaksikan penyertaan sebanyak 22 pasukan sepak takraw, 20 pasukan bola jaring dan 19 pasukan pingpong, melibatkan belia pelbagai kaum dan latar belakang. Liga ini menjadi medan pembangunan sukan di peringkat komuniti serta platform pengasahan bakat baharu.
Pasukan yang muncul juara dalam setiap kategori sukan akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos 2025 di UNITEN, Bangi, Selangor.
Liga Sukan Komuniti ini diharap dapat menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, dan menyatukan masyarakat melalui platform sukan yang inklusif dan harmoni.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama