PIALA PUSINGAN PICKLEBALL LANANG 2025 (PENJAWAT AWAM)

PIALA PUSINGAN PICKLEBALL LANANG 2025 (PENJAWAT AWAM)

Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak

19 JULAI 2025, SIBU - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah dijemput oleh Lanang Pickleball Club untuk menghadiri Majlis Perasmian Piala Pusingan Pickleball Lanang 2025 (Penjawat Awam) yang berlangsung di Gelanggang Pickleball UTC, Sibu. Program tersebut dirasmikan oleh Encik Stanley Chiew, wakil kepada Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen P.211 Lanang diiringi oleh Encik Iing Shii Ngie, President Lanang Pickleball Club dan Puan Siti Harrysah binti Ali, Pengerusi Pengelola Piala Pusingan Lanang Tertutup 2025 (Penjawat Awam).

Seramai 16 pasukan yang telah menyertai pertandingan ini iaitu terdiri daripada pasukan Kastam, PPD, KKM, SESCO, Residen, RTM dan JKR dan pertandingan ini berakhir dengan keputusan:
  - Kastam
 - KKM
 - PPD

Keempat - JPN
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS
#pickleball

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search