- JBS Sarawak
- Hits: 55
Riadah Bersama PBSB Kapit Sempena Kem Peningkatan Akademik 2025 SMK Kapit No. 2
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 18 Julai 2025 – Pada 14 Julai yang lepas, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menerima jemputan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit bagi melaksanakan aktiviti riadah bersama pelajar-pelajar Tingkatan 5, SMK Kapit No. 2. Aktiviti Senamrobik yang dikendalikan oleh Encik Kong Koh Ming pada sebelah petang selepas selesai slot perkongsian akademik adalah salah satu cara yang baik untuk membantu para pelajar meningkatkan kesihatan fizikal dan mental serta mengurangkan tekanan. PBSB Kapit mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar Tingkatan 5 SMK Kapit No. 2 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit