
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Program Zumba “Kick-Off” Sambutan Hari Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 21 JULAI 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri adalah antara agensi kerajaan di Bahagian Miri yang turut hadir dalam memeriahkan program Zumba di Stadium Bandaraya Miri, semalam. Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Sarawak 2025, Dato Sri Lee Kim Shin. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Adam Yii Siew Sang.
Penyertaan lebih 1500 orang yang terdiri daripada masyarakat pelbagai lapisan di Miri memeriahkan Program Zumba yang diadakan sebagai 'kick-off' kepada sambutan Hari Sarawak 2025 di mana Bahagian Miri dipilih sebagai tuan rumah sambutan pada tahun ini. Kelab Kecergasan Evolution Fitness Permyjaya mengetuai barisan instruktur Zumba di Miri. Dengan laungan “Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai” oleh semua peserta semalam, menyemarakkan lagi semangat masyarakat Sarawak untuk terus sihat, aktif dan terus menyumbang kepada negeri tercinta. Program Zumba ini menjadi penyatuan masyarakat Sarawak melalui aktiviti kecergasan, menjadi simbol kepada semangat perpaduan, keharmonian dan kemajuan negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri