
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Pasukan Kuching Cemerlang Di Pentas Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Pasukan Kuching Cemerlang Di Pentas Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 23 JULAI 2025 – Pasukan Liga Sukan Komuniti Bahagian Kuching telah mempamerkan aksi yang cemerlang semasa menyertai Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang telah diadakan pada 18-19 Julai 2025 bertempat di KOMBES dan Arena Tun Tuanku Haji Bujan, UNIMAS. Dua pasukan dari Kuching iaitu Extreme TTPC dan KPDBK Taming Sari telah mendominasi acara ping pong apabila telah apabila masing-masing dinobatkan sebagai johan dan naib johan. Vet95 diangkat sebagai johan acara sepak takraw dan Stormriders berjaya menempatkan diri di tempat ketiga bersama dalam acara bola jaring. Satu lagi pasukan bola jaring, Pep SSC hanya layak ke peringkat suku akhir. Syabas dan tahniah kepada pasukan LSK Bahagian Kuching. Johan setiap acara akan mewakili Negeri Sarawak ke peringkat Kebangsaan kelak.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#MADANISihat
#RakanAktif