
- JBS Sarawak
- Hits: 63
Keputusan Rasmi Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 63
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
Samarahan, 19 Julai 2025 – Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan persaingan sengit antara 11 bahagian dalam tiga jenis sukan utama iaitu sepak takraw, bola jaring dan pingpong.
Bagi acara sepak takraw, pasukan VET 95 dari Kuching dinobatkan sebagai johan selepas mengatasi POOLAT PATIA X dari Mukah di peringkat akhir. SABERKAS Batang Ai (Sri Aman) dan Laksamana (Samarahan) masing-masing berkongsi tempat ketiga.
Sementara itu, dalam acara bola jaring, pasukan Trailblazer dari Sibu muncul juara selepas menewaskan Eagle Force dari Bintulu. Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Aphrodite (Samarahan) dan Stormriders (Kuching).
Bagi sukan pingpong, pasukan Extreme dari Kuching menjuarai kejohanan selepas mengalahkan KPDBK, juga dari Kuching, di perlawanan akhir. Tempat ketiga bersama menjadi milik MAZAKA (Sibu) dan MP Gold (Samarahan).
Majlis penutupan diserikan dengan kehadiran Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak selaku penganjur.
Pasukan johan bagi setiap sukan akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 28 September 2025 di UNITEN Bangi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama