
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak Bermula
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Samarahan, 19 Julai 2025 – Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2025 membuka tirainya dengan penuh semangat kesukanan hari ini, melibatkan penyertaan 11 bahagian dari seluruh negeri. Kejohanan ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat sukan akar umbi serta memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai latar belakang.
Tiga jenis sukan dipertandingkan di dua lokasi utama: sepak takraw dan bola jaring berlangsung di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), manakala acara pingpong diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Kesemua acara menyaksikan persaingan sengit dan semangat juang tinggi dalam kalangan atlet komuniti.
Kejohanan ini menyasarkan pemilihan juara negeri yang akan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi. Penganjuran ini turut menerima sokongan padu daripada penyokong dan komuniti setempat yang hadir memberi semangat kepada pasukan masing-masing.
Dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama agensi tempatan dan komuniti belia, liga ini selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkasa pembangunan sukan komuniti dan menggalakkan gaya hidup aktif.
Kejohanan yang berlangsung sepanjang hari ini akan melabuhkan tirainya dengan Majlis Penyampaian Hadiah pada jam 6.30 petang ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama