
- JBS Sarawak
- Hits: 39
MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025 BIL.1/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 18 Julai 2025 : Satu Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarwak 2025 Bil. 1 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Bahagian Sarikei, Tingkat 12, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak Bahagian Sarikei. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei. Turut hadir menghadiri mesyuarat tersebut, Puan Jamaika Marciano mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Mesyuarat tersebut memaklumkan konsep pelaksanaan sambutan, perlantikan ahli jawatakankuasa dan penyelarasan aktiviti. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah diamanahkan untuk bersama-sama melaksanakan program Unity Walk yang menyasarkan 2000 orang penyertaan. Semoga sambutan ini berjalan lancar dengan jayanya.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d