
- JBS Sarawak
- Hits: 27
MAJLIS MALAM APRESIASI UNIVERSITI TEKNOLOGI SARAWAK (UTS) 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh : Muhammad Afif bin Ibrahim, JBSN Sarawak
23 JULAI 2025, SIBU - Universiti Teknologi Sarawak telah mengadakan Majlis Apresiasi bagi tahun 2025 di RH Hotel, Sibu malam ini. Majlis disempurnakan dengan ucapan daripada YB Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dan Yang Berbahagia Prof Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Naib Canselor, Universiti Teknologi Sarawak.
Malam Apresiasi ini diadakan bagi meraikan pencapaian universiti dan pada masa yang sama bagi menghargai komitmen serta kerjasama daripada agensi-agensi luar. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Encik Muhammad Afif bin Ibrahim, dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu, turut hadir bersama untuk memeriahkan majlis.
#PBSBSIBU
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#HarungiBersama