- JBS Sarawak
- Hits: 87
Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit Bil.3/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 87
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 14 Julai 2025 – Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit Bil. 3/2025 telah diadakan pada 2 Julai lalu dan dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis. Mesyuarat ini bertujuan menilai pelaksanaan program serta pengurusan pejabat secara menyeluruh bagi suku tahun semasa. Antara agenda utama yang dibentangkan termasuk laporan Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pembangunan Sukan, Unit Pembangunan Belia, serta Unit Pembangunan Rakan Muda. Setiap unit telah membentangkan pencapaian, cabaran serta perancangan aktiviti bagi tempoh berikutnya. Turut dibincangkan ialah penambahbaikan proses kerja dan penyelarasan antara unit bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program-program akan datang.