MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BAHAGIAN (DDC) DAN TINDAKAN PEMBANGUNAN BAHAGIAN (JTPB) MUKAH BIL.2/2025

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BAHAGIAN (DDC) DAN TINDAKAN PEMBANGUNAN BAHAGIAN (JTPB) MUKAH BIL.2/2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 14 JULAI 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bahagian (DDC) dan Tindakan Pembangunan Bahagian Bil.2 Tahun 2025 telah diadakan pada 11 Julai 2025  bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran Baru Mukah. Mesyuarat yang melibatkan lebih 50 agensi tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bahagian (DDC) dan Tindakan Pembangunan Bahagian (JTPB) Mukah. 

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah diwakili Puan Noorlina Mirais bersama Puan Hatijah Halidi. Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Laporan Ringkasan Projek Projek Pembangunan di Bahagian Mukah oleh Timbalan Residen Bahagian Mukah. Selain itu, turut dibentangkan isu dan permasalahan serta tindakan penyelesaian bagi projek berstatus Dalam Perancangan (DPr), Lewat Jadual (LJ) dan Lewat Jadual Kritikal (LJK) oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Majlis Daerah Matu Daro dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar.

Puan Noorlina Mirais telah memaklumkan kepada Datu Pengerusi dan ahli mesyuarat Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah telah siap sepenuhnya dan telah mendapat Surat Sokongan Penuh Kelayakan Menduduki Bangunan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Negeri Sarawak. Surat tersebut telah dipanjangkan ke Majlis Daerah Dalat dan Mukah untuk tindakan seterusnya.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search