MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) BAHAGIAN MUKAH BIL.1/2025

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) BAHAGIAN MUKAH BIL.1/2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 14 JULAI 2025 – Mesyuarat majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bahagian Mukah Bil.1 Tahun 2025 telah diadakan pada 11 Julai 2025  bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran Baru Mukah. Mesyuarat yang melibatkan lebih 20 agensi tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bahagian Mukah.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah diwakili Puan Noorlina Mirais. Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.2/2023. Selain itu, turut dibentangkan pelaporan oleh agensi yang berkaitan iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan Mukah, PDRM Mukah, Dalat, Matu, Daro dan Sarikei serta Pelaporan OSC-MIDS daripada Pejabat Daerah Mukah, Dalat, Matu, Daro dan Tanjung Manis. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search