
- JBS Sarawak
- Hits: 55
KEM BELIA@RAKAN PRIHATIN PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan Oleh : Jamaika binti Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 11-13 Julai 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah berkerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei, Julau dan Meradong bagi menjayakan pelaksanaan Kem Belia@Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2025. Bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Kem Sungai Paoh bersama belia di sekolah menengah seluruh Bahagian Sarikei selama 3 hari 2 malam. Program tersebut dikendalikan bersama jurulatih-jurulatih yang berkemahiran dan berdedikasi tinggi yang berjaya melaksanakan program merangkumi aktiviti indoor dan outdoor yang memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya sekiranya terjebak dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat. Program ini dilaksanakan secara fizikal dan pengisian program melibatkan aktiviti kerohanian dan latihan dalam kumpulan (LDK).
Kem ini telah dilaksanakan mengikut modul Rakan Prihatin dan Protokol Pusat Kokurikulum Kem Sungai Paoh. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Rakan Aktif : Aktiviti Berpangkalan (Abseiling, Flying Fox dan Rempuh Berhalangan), Rakan Prihatin : Sesi Kaunseling, Rakan Ekspresi : Perkongsian Ilmu bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei, Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei dan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sarikei dan macam-macam lagi aktiviti dilaksanakan.
Majlis Penutupan dimeterai oleh Encik Michael Anak Mpulop, Timbalan Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei diiringi oleh Puan Jamaika binti Marciano, Pegawai Penyelaras Kem Belia/PBSB Sarikei dan Encik Hadi bin Selamat, Kem Komandon Kem Belia@Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Sarikei.
Semoga kerjsama ini sentiasa berterusan bagi membina belia yang bebas masalah gejala sosial dari akar umbi.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d