
- JBS Sarawak
- Hits: 16
MESYUARAT 'COMMUNITY DEVELOPMENT, SPORT CULTURE, YOUTH & SDG'S PROGRAMME BIL. 3/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak
SIBU, 14 JULAI 2025 - Mesyuarat 'Community Deelopment, Sport Culture, Youth & SDG's Programme' telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Sibu Rural District Council (SRDC). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cr. Paul Teo, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti, Kebudayaan Sukan, Belia dan Program SDG. Mesyuarat dimulakan dengan perutusan pengerusi seterusnya pembentangan pelaporan daripada semua ahli kaunselor yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti tahun lepas serta perancangan aktiviti untuk tahun 2025 bersama komuniti setempat terutamanya di kawasan pendalaman di Sibu. Pelbagai aktiviti dan rancangan yang dibentangkan supaya lebih ramai penglibatan daripada komuniti dan masyarakat setempat khususnya para belia dengan program yang akan dianjurkan oleh SRDC ini nanti. Pengerusi turut memaklumkan jawatankuasa beliau akan membantu pihak pengurusan pejabat untuk mempromosikan iklan program melalui platform sosial media mereka supaya belia dan komuniti setempat juga berpeluang untuk menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pejabat kita. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan Encik Terence Tan.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#HarungiBersama
#TeamKBS