Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 17 DISEMBER 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah dipilih bagi program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS): Fasa 4 Tahun 2024 yang telah dijadualkan bermula November sehingga Disember 2024.
Seramai 80 orang peserta terbahagi kepada dua kumpulan setiap satu siri. Program KLAS ini berlangsung sebanyak enam (6) sesi bertempat di Kolam Renang Awam Bintulu. Antara objektif KLAS adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat dan mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air.
Kaedah pelaksanaan yang dilakukan adalah para peserta akan diajar teknik dan kaedah yang betul untuk berenang seperti keselamatan dalam air, cara berenang, teknik pernafasan, kaedah senaman sebelum dan selepas berenang, jenis pakaian yang sesuai dan pemilihan lokasi berenang yang selamat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMadani
#HarungiBersama
- JBS Sarawak
- Hits: 168
