Al Quthuz Fc Dari Sarikei Juara Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Bahagian Betong Tahun 2025

Al Quthuz Fc Dari Sarikei Juara Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Bahagian Betong Tahun 2025

Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak 

BETONG, 1 Julai 2025 - Pasukan bola sepak dari Sarikei, Al Quthuz FC, menjuarai Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Bahagian Betong tahun 2025 setelah menewaskan pasukan Aqib X Kampung Boy FC dari Sri Aman dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir. Karnival bermula dari 27 hingga 29 Jun 2025 di Padang Riveria, Debak, menyaksikan penyertaan sebanyak 27 penyertaan pasukan dari kawasan sekitar termasuk pasukan dari Daerah Sibu, Pakan, Julau, Sarikei, Betong, Sri Aman, Tambirat, Tebeluk, Maludam dan Semarang.

Karnival tersebut adalah anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah bantuan Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan (Jendela 3 Tahun 2025). Kejayaan tersebut membolehkan Al Quthuz FC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, berserta medal dan piala pusingan, tempat kedua dimenangi oleh Aqib x Kpg Boy FC dari Sri Aman, manakala Pusak United dan Tabau Legacy FC kedua-duanya dari Saratok, berkongsi tempat ketiga.

Majlis simbolik sepak mula dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Adun N.35 Saribas. Turut hadir pada majlis perasmian ialah Yang Berusaha Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak,               Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Encik Mohammad Khairurani bin Mohammad Ibrahim, Pegawai Pentadbir Menguasa, Pejabat Daerah Kecil Debak dan Ketua-ketua Masyarakat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jawatan kuasa pengelola serta para petugas yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran karnival ini. Tidak dilupakan penyokong yang setia memberi sokongan dari dari pertama hingga hari terakhir karnival berlangsung.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search